Sunday, December 13, 2009

fenomena mentaliti tentang aurat


Menutup aurat merupakan kewajipan kepada muslim. Ramai umat islam tahu tentang kewajipannya, tetapi adakah mereka benar-benar tahu etika sebenar menutup aurat?? masyarakat sekarang telah diracuni dengan pemikiran barat yang menjadikan pola pemikiran mereka sangat jauh dengan ajaran islam yang sebenar. mentaliti dalam masyarakat hari ini sangat berbeza denga ajaran islam sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. mereka menganggap bahawa menutup aurat adalah menyekat kebebasan untuk mereka berfesyen, malah ada juga yang menganggap islam menolak kemajuan dalam bidang tertentu.

mungkin anda pernah mendengar mentaliti pemikiran mereka yang mahukan kebebasan berkata seperti ini:

1. saya selesa dengan cara saya
2. saya belum bersedia untuk menutup aurat
3. mungkin belum sampai seru lagi
4. asalkan saya tidak kacau orang, orang jangan kacau saya
5. dia kecik lagi, tidak mengapa

persoalannya, adakah mereka sedar apa yang mereka katakan? dan adakah mereka tahu etika menutup aurat sebagai muslim? Al-Quran memberi garis panduan kepada kita tentang menutup aurat. firman Allah dalam surah an-Nuur ayat 31. yang ertinya:

31. "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya..."

dalam islam aurat bagi wanita adalah seluruh tubuh kecuali Muka dan kedua pergelangan tangan mereka.

mengapa manusia tidak menutup aurat? mungkinkah kerana mereka tidak takut dengan azab siksa dari Allah.

atau mungkin mereka tidak mengenal neraka, siksaan api neraka, azab pedih api neraka dan sebagainya berkenaan dengan neraka.. ketahuilah bahawa sebelum Allah menciptakan manusia Allah terlebih dahulu menciptakan Syurga dan neraka dan dijadikan kedua-duanya ini untuk dihuni oleh manusia dan jin mengikut kiraan dosa dan pahala.

beranggapan bahawa "seru tidak sampai atau belum bersedia" adalah perlu dijauhkan. ini kerana kematian tidak menunggu manusia itu sudah bersedia atau pun tidak.

berfikiran bahawa " kanak-kanak tidak perlu menutup" adalah salah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. ramai yang beranggapan bahawa budak kecil bila sudah besar akan faham tentang aurat. tetapi apa yang berlaku sekarang ialah budak kecil apabila sudah besar suka mendedahkan aurat.

sedarlah wahai manusia islam adalah terbaik untuk kita.
ikutlah cara islam kerana islam menjamin kesyurga.
Continue Reading...

Friday, December 11, 2009

mas kahwin tinggi?


Mas kahwin yang tinggi??? setujukah anda apabila mas kahwin yang tinggi dikenakan kepada pihak lelaki??? tidakkah anda terfikir mas kahwin yang tinggi akan membebankan pihak lelaki? baru-baru ini kerajaan selangor telah memutuskan untuk menaikkan kadar mas kahwin di negeri itu daripada RM80 kepada RM300 berkuat kuasa 1 Januari 2010. keadaan ini mencetuskan kebimbangan oleh ulama' besar iaitu tuan guru Nik Aziz Nik Mat kerana ini akan membuatkan kadar andartu (anak dara tua) di negara kita semakin meningkat. beliau amat sekali tidak bersetuju dengan peningkatan kadar mas kahwin tersebut.

"Saya pun mengenakan tidak lebih RM1,000 bagi mas kahwin termasuk hantaran bagi setiap anak saya. "

Tidak perlu sampai kepada keputusan peringkat kerajaan. Kamu hendak naikkan mas kahwin boleh tetapi kalau sampai menyusahkan si lelaki tidak bolehlah. Hendak cari duit empat, lima ribu bukan senang," jelas Tuan Guru Nik Aziz.

kadar mas kahwin yang tinggi akan lagi membebankan pihak lelaki kerana kadar hantaran yang dikenakan oleh pihak wanita terutamanya dari Ibunya sudah terlalu mahal dan terlalu membebani pihak lelaki, apatah lagi jika anak tersebut mempunyai segulung ijazah, pastinya hantaran yang dikenakan adalah melebihi RM 5000 dan keatas.

menurut Nik Aziz lagi, langkah mengenakan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi jumlahnya hanya lebih menunjukkan bersifat riak sehingga akhirnya membebankan pasangan lelaki.

menurut saya, kadar mas kahwin sehingga mencecah RM300 ringgit boleh diterima, akan tetapi kadar hantaran yang mencecah ribuan ringgit itulah yang perlu difikirkan semula oleh pihak perempuan. ini kerana sudah terlalu ramai lelaki yang belum berkahwin sehingga mencecah usia 30an disebabkan kadar hantaran tersebut.

jadinya, sama-samalah kita fikirkan.....
Continue Reading...

Tuesday, November 3, 2009

exam! exam@ exam?

(Nasihat kau kawan)
Yang dilihat dan yang diukur-Nya bukan sejauh mana usaha mu, tetapi sejauh mana TAWAKAL, PERCAYA yang jitu dan pergantungan mu pada-Nya. Tetapi tidak bermakna tidak perlu berusaha, Usahalah semampu dan sedaya mu dan janganlah sesekali beraQidah bahawa banyak usaha mu adalah penentu kejayaan. Tetapi berimanlah bahawa Tawakal mu itu sebenarnya hanya semata-mata pada-Nya. itulah penentu kejayaan mu, kerana kejayaan hanyalah milik Allah. maka seyakinnya hendaklah engkau memohon dar-Nya semata. ma'an Najah. @+.
Continue Reading...

Friday, October 23, 2009

Metode Dakwah Berperingkat-Peringkat


Dakwah yang dijalankan secara berperingkat adalah dakwah yang paling sesuai kepada mereka yang baru mengenali islam atau mereka yang baru bertaubat dari melakukan kesalahan besar. dakwah cara ini dijalankan secara berperingkat dan tidak sekaligus, tujuan dakwah cara ini adalah untuk tidak memberatkan orang yang menerima dakwah. contoh yang boleh dikemukankan adalah seperti kewajipan-kewajipan agama yang dikenakan kepada orang islam yang tidak di bawa sekaligus dan kewajipan ini diturunkan dengan cara satu demi satu seperti "anak kecil yang baru belajar berjalan dan ingin belajar menaiki tangga yang mana mereka memerlukan masa untuk sampai ketangga yang teratas"

contoh dakwah yang dilakukan oleh Nabi secara berperingkat adalah ketika nabi mengharamkan arak kepada umat dahulu, nabi tidak mengharamkan arak dengan sekaligus tetapi mengharamkannya dengan berperingkat-peringkat sehinggalah mereka ketika itu dapat menerima pengharaman tersebut.
Continue Reading...

Dakwah Melalui Penjelasan Yang Nyata Dan Jelas

segala penjelasan atau mesej yang hendak disampaikan kepada sasaran hendaklah dalam bentuk yang jelas, sehingga tidak membawa kepada kekaburan dan silap faham. Firman Allah dalam surah (Al-Maidah: 92) yang bermaksud: "Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul kami , hanyalah menyampaikan agama Allah dengan terang." ayat diatas menjelaskan kepada kita bahawa rasul dahulu ketika berdakwah pun menggunakan metode menjelaskan dengan jelas dan terang agama Allah yang dibawanya.

Penerangan yang jelas merupakan asas dalam dakwah kepada sasaran, apatah lagi sasaran itu merupakan saudara baru dan memerlukan masa yang lama untuk memahami mesej yang disampaikan.
Sekiranya mesej yang disampaikan tidak jelas, ia mungkin akan terjadi fitnah kepada pendakwah.
Continue Reading...

Tuesday, October 20, 2009

Metode untuk menarik perhatian sasaran cina


dakwah mestilah dipersembahkan kepada sasaran dengan kaedah dan metodologi yang menarik dan sesuai kepada sasaran. melihat kepada golongan masyarakat cina di malaysia mereka lebih gemar melihat sesuatu dari sudut logik dan saintifik.
para pendakwah sebenarnya boleh cuba menjelaskan kepada masyarakat cina tentang kelebihan agama islam dan mukjizat Al-Quran dari sudut sains. ini adalah kerana kebanyakkan masyarakat cina ini terdiri dari golongan bijak pandai dan terpelajar dan mereka akan percaya kepada sesuatu perkara jika terdapat bukti yang jelas. misalnya tentang kejadian matahari dan alam ini, pengetahuan seperti ini tidak mampu dibuktikan oleh manusia biasa pada zaman Rasulullah SAW.

jika mereka tidak mempercayaai kewujudan tuhan kerana tuhan tidak dapat dilihat. maka kita kena la membuat analogi yang logik kepada mereka dengan mengatakan "angin juga tidak dapat dilihat tetapi angin dapat dirasa"
Continue Reading...

Sunday, September 13, 2009

Tanda-tanda berlakunya stress dan cara mengatasinya




Tanda-tanda berlakunya stress
dapat dikenal pasti dengan melihat kepada keadaan fizikal kita yang dirasakan berubah dari keadaan biasa. rasa kurang senang pada perubahan yang berlaku menyebabkan kita terdorong untuk mengtahui apakah ubat kepada stress dan apakah langkah yang perlu diambil. sekiranya kita bijak mengenalpasti keadaan diri, maka kita akan bertindak untuk mengelakkan diri dari belenggu strees. berikut merupakan tanda-tanda berlakunya stress, cara menangani dan cara mencegah stress.

• Degupan jantung meningkat

• Rasa ketegangan otot yang bersedia untuk bertindak balas

• Pernafasan menjadi cepat untuk membekalkan sebanyak mungkin oksigen kepada otot - otot

• Proses pencernaan menjadi lambat dan pengeluaran asid bertambah di dalam perut yang mengakibatkan anda mengalami kesakitan fizikal

• Mengalami perasaan negatif seperti keresahan, kebimbangan, ketakutan atau kemarahan

• Mengalami masalah tidur (masalah untuk tidur dan tidur yang lena atau tidur berlebihan)

• Mengalami masalah dalam selera makan (tidak berselera untuk makan pada waktunya, atau sentiasa terasa lapar)

cara hendak menangani stress saya

• Tarik nafas dan tahan pernafasan anda

• Kurangkan pergerakan atau berdiam diri untuk mengurangkan degupan jantung

• Legakan otot-otot anda

• Alihkan pemikiran negatif dan tidak rasional anda kepada yang lebih positif dan membina

• Tumpukan perhatian kepada perkara yang positif

• Gunakan jenaka untuk memulihkan perasaan stress

• Ubah tempat persekitaran anda

• Jauhkan diri anda dari suasana yang boleh memberi kesan stres

• Libatkan diri anda dengan aktiviti yang menyeronokkan

• Kenal pasti masalah dan cari jalan penyelesaiannya

cara hendak mencegah dari mengalami stress

• Kenali diri anda dengan lebih baik. Buat dan simpan catatan mengenai suasana, tingkah laku dan pemikiran yang menyebabkan anda stres dan bagaimana anda menanganinya di dalam buku catatan. Anda akan mudah menguruskan stres anda setelah dapat mengenali diri anda sendiri dengan lebih baik

• Melalui buku catatan anda dapat:

o Mengurus stres dan menyelesaikan masalah anda dengan cara yang paling berkesan

o Mengenali keadaan yang boleh membuat anda stress

o Mengenali siapa yang boleh membuat anda stress

• Kekerapan bersenam dapat membantu anda:

o Meredakan tekanan

o Meningkatkan daya tahan diri untuk mengelak stress

• Kerap melakukan senaman 'relaxation'

• Amalkan pemakanan seimbang

• Amalkan tabiat tidur yang betul supaya anda mendapat cukup rehat dan mengelak stress

• Mempunyai rangkaian kawan-kawan yang boleh menyokong dan membantu anda
• Mempunyai kepercayaan hidup yang baik
Continue Reading...

pengurusan stress


Definisi stres

Apakah yang dimaksudkan dengan stres?
Stres adalah suatu perasaan yang anda alami apabila anda menerima tekanan. Tekanan atau tuntutan yang anda terima mungkin datang dalam bentuk mengekalkan jalinan perhubungan,menghadapi masalah, memenuhi harapan keluarga, untuk mencapai matlamat akademik dan sebagainya. Stress berasal daripada perkataan Greek ‘stringere’ yang membawa maksud ketat atau tegang. Stres juga boleh memberi kesan kepada fizikal, fisiologi, dan psikologi. Antara perkara yang menyebabkan berlakunya tekanan adalah seperti kebisingan, suhu, kelembapan, sakit, emosi dan lain-lain. Tekanan yang dihadapi ini boleh dihadapi atau diurus jikalau punca atau faktor yang menyebabkan tekanan ini dihapuskan.


Pengertian pengurusan stres
Pengurusan stres adalah satu bentuk tindakan mengurus yang melibatkan komunikasi intrapersonal iaitu diri sendiri dan komunikasi intepesonal iaitu bersama orang lain atau klien. Pengurusan stres mempunyai matlamat iaitu untuk mengelak atau merawat stres atau tekanan. Merawat tekanan memerlukan kepada perancangan atau pengawalan yang berkaitan dengan emosi.
Kenapa manusia mengalami tekanan?
Anda akan merasa tertekan apabila anda merasa seakan tidak mampu memenuhi tuntutan sebagaimana yang diharapkan daripada anda. Sejauh mana anda rasa tertekan dan bagaimana anda menghadapi perasaan tertekan itu bergantung kepada keupayaan anda mengurus tekanan berkenaan.
Stres merupakan sesuatu yang positif dan juga negatif.
Positif
Stres diperlukan untuk kemajuan di dalam kehidupan harian kita. Melalui keadaan tertekan kita dapat meningkatkan keupayaan untuk menyesuaikan diri, mengatasi dan bertindak balas terhadap cabaran kehidupan.
Negatif
Strees memberi kesan yang tidak baik apabila ianya tidak ditangani dengan sebaik mungkin atau dilihat sebagai negatif. Pengurusan stres yang tidak sempurna akan mengakibatkan perasaan ketidakmampuan dan seterusnya menyebabkan gagal untuk meningkatkan daya ketahanan diri.
punca utama penyebab stres
Biologikal
Punca biologi adalah berkaitan dengan tubuh badan kita yang mana tubuh tidak berfungsi secara normal seperti hari-hari sebelumnya. kesakitan, ketidakselesaan, ketidakupayaan pada organ deria (penglihatan, pendengaran, dan lain-lain) dalah merupakan contoh yang mendorong kepada terjadinya tekanan.
Pemikiran negatif
Takut dan bimbang, kenangan pahit, pemikiran yang tidak rasional secara tersendirinya mengundang perasaan tertekan , apabila pertimbangan seseorang itu tidak rasional ia mengundang kepada pemikiran negatif lain.
Tingkah laku
Tingkah laku anda yang suka berjalan cepat, bercakap dengan nada kuat dan berfikiran tidak rasional boleh mengakibatkan stres
Suasana sosial
Orang di sekeliling anda boleh menyebabkan stress, keadaan sekeliling yang tidak menyenagkan pandangan atau pendengaran anda. Contohnya perselisihan dirumah, perselisihan disekolah atau ditempat kerja.
Suasana fizikal
Perubahan yang tidak selesa di persekitaran tempat anda juga punca yang mendorong berlakunya stres, perubahan ini mungkin bersifat kekal atau tetap dan berlakunya secara mengejut Contoh: Suhu sejuk bertukar kepada panas secara tiba-tiba, kebisingan, warna, kecerahan, bauan, rasa dan kesakitan yang melampau
Continue Reading...

Saturday, September 12, 2009

metode dakwah Nabi Nuh a.s



Nabi Nuh a.s lahir dalam sebuah masyarakat yang memuja patung berhala yang bermacam-macam dan menjadikannya tuhan. mereka percaya bahawa patung-patung berhala yang dipuja itu adalah kuasa untuk mendatangi kebaikan dan keburukan kepada mereka.

disamping itu masyarakat nabi Nuh terbahagi kepada bermacam-macam lapisan masyarakat. ada dikalangan mereka yang memiliki harta dan ladang, dan ada yang pandai bertukang. mereka bersifat takbur dan lupa daratan.

berdasarkan keadaan tersebut, tugas Nabi Nuh a.s melalui dakwahnya sangat mencabar. iaitu:

1. mengembalikan tauhid dalam hal ketuhanan dan menghapuskan syirik dan peribadatan.
2. menghapuskan sifat-sifat takbur dan kelas-kelas sosial.
3. menolak tuduhan-tuduhan yang selalu dilontarkan kepadanya.

manhaj dakwah Nabi Nuh a.s

dilihat dari berbagai-bagai sudut, Nabi Nuh a.s telah melakukan dakwahnya sebagaimana berikut:

a) dari sudut isi atau kandungan dakwah, Nabi Nuh berusaha mengembalikan tauhid dan mengingatkan tentang akhirat. sehubungan dengan itu Allah menjelaskan dalam Al-Quran dalam surah al-A'raf: 59 yang bermaksud:

sesunggunnya kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya lalu dia berkata: Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tiada tuhan bagi kamu selain-Nya. sesungguhnya (kalau tidak menyembah), aku takut kamu akan ditimpa azab hari yang besar (hari kiamat).

Nabi Nuh a.s juga mengingatkan masyarakatnya tentang Allah yang mencipta segala sesuatu yang sifat-Nya Maha Kuasa dan memgingatkan mereka dengan nikmat pemberian-Nya.

b) beliau mengajak masyarakatnya melihat alam ini, sama ada diri sendiri, alam atasan (kosmos), tumbuhan atau sebagainya dan memikirkan tentangnya untuk dikaitkan dengan Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung.

c) menyakinkan masyarakat bahawa beliau adalah Rasul utusan Allah.

d) Nabi Nuh menyampaikan ajaran Allah secara senyap dan terbuka mengikut keperluan keadaan. Tanpa mengenal jemu dan kerehatan, beliau berusaha siang dan malam. segala tindak tanduk penentangan masyarakatnta tidak sesekali melunturkan semangatnya untuk berdakwah. beliau terus berusaha dengan mengubah uslub untu menarik mereka.

e) teguh dengan perintah Allah tanpa mempedulikan ejekan dan sendaan orang ramai. Nabi Nuh sangat tahan menanggung bala ujian .

f) menggunakan cara lembut untuk menarik masyarakatnya kepada ajaran yang disampaikan .

g) mencampurkan dakwah dengan pembinaan atau pertukangan, seperti pembinaan kapal.

h) menggunakan mukjizat untuk membuktikan kebenaran bahawa ajarannya dari Allah.

rujuk buku metodologi dakwah oleh ab.aziz mohd zin terbitan UM.
Continue Reading...

Sunday, September 6, 2009

dakwah dengan hikmah

hikmah

Adalah satu perkara yang sangat sukar untuk menentukan makna hikmah secara teorinya. Secara mudah hikmah bererti bijaksana, bijaksana bererti sesuatu yang sesuai. Manakala sesuai pula bergantung kepada keadaan. Sesuatu keadaan boleh jadi sesuai bagi seseorang, tetapi tidak sesuai bagi orang lain. Maka hikmah berkait rapat dengan keadaan untuk menentukan ia bersesuaian.

Ahli tafsir menghuraikan makna hikmah dengan berbagai-bagai ulasan. Sayyid Qutb(1977,jil.4:2201-2202) telah memberi ulasan yang agak menarik, iaitu hikmah yang disebutkan dalam surah al-Nahl:125 ialah dengan melihat kepada keadaan sasaran dan suasana mereka, kadar yang perlu supaya tidak memberatkan mereka dan menyusahkan mereka sebelum mereka bersedia. Ia juga termasuk cara penjelasan dan kepelbagaian mengikut keperluan dan jangan sekali-kali berdasarkan semangat yang boleh terkeluar daripada hikmah.

Al-Bayanuni (1993:245) menjelaskan bahawa hikmah dalam dakwah ialah suatu uslub yang sesuai dengan keadaan sasaran. Ia bererti meletakkan suatu pada tempatnya. Al-bayan menambah bahawa uslubhikmah itu terdapat pada sudut-sudut berikut untuk disesuaikan dengan sasaran, iaitu:

1.pemilihan isi atau pendekatan isi.
2. uslub dengan makna khusus atau bentuk persembahan isi.
3. pemilihan saluran atau media.

Dengan itu, hikmah itu dilakukan dalam bermacan-macam bentuk dan gaya. Ada dengan cara lembut dan ada dengan cara keras. Ali al-Murshid (1989: 148-149) menjelaskan bahawa hikmah itu tidaklah selamanya mengandungi pengertian lembut,rahmat,kasih saying biasa, perkataan yang dianggap baik dan tenang. Ia juga bererti lembut dan kuat, kasih saying dan perang.

Nabi Muhammad s.a.w. sendiri ada ketikanya melayan para sahabatnya dengan kasar. Sikap demikian dapat dilihat ketika baginda berhadapan dengan tiga orang sahabatnya yang tidak ikut serta dalam perang tabuk(9H). mereka bertiga ialah Kaab ibn Malik, Mirarah ibn Rabi dan Hilal ibn Umayyah. Nabi dan para sahabat yang lain, termasuk juga isteri-isteri mereka bertiga melakukan boikot sehingga sampai tidak menjawab ucapan salam mereka bertiga selama beberapa ketika (al-Nadawi,1977:311-315). Begitu juga sesetengah golongan orang kafir dan munafik ada arahan supaya dilayan dengan kasar (maksud surah Tahrim: 9). Keadaan-keadaan tersebut juga adalah hikmah.

Namun, hikmah itu bermula dengan lembut, kerana lembut lebih selesa, lebih damai dan lebih membawa kepada ketengan. Arahan Allah kepada Nabi Musa a.s dan Harun a.s supaya berdakwah kepada Firaun yang keras dan zalim dengan cara lembut seperti terdapat dalam surah Taha: 43-44, satu daripada contoh yang dakwah itu bermula dengan lembut.
Continue Reading...

Saturday, September 5, 2009

Metodologi dakwah para rasul

Para rasul diutuskan kepada manusia untuk menyampaikan ajaran Allah dan memimpin manusia kejalan yang dikehendaki oleh Allah, untuk keselamatan mereka di dunia dan di akhirat. Setiap rasul mengingatkan masyarakatnya tentang apa sahaja perkhabaran dari Allah.

Firman Allah: ( surah fatir: 24) ertinya:

24. Sesungguhnya Kami mengutusmu Dengan (ugama) Yang benar, sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang Yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar); dan tidak ada, sesuatu umat pun melainkan telah ada Dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.

Firman Allah dalam surah Al-isra’: 15, yang bermaksud:

15. sesiapa Yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka Sesungguhnya faedah petunjuk Yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang sesat maka Sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. dan seseorang Yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan Yang benar dan Yang salah).

Kedua-dua ayat diatas jelas menunjukkan tentang keadilan Allah yang setiap masyarakat diutus rasul untuk mereka. Setelah rasul-rasul itu menerangkan kepada umatnya segala perutusan dari Allah dengan jelas dan terang, disamping disertakan bukti-bukti yang cukup, terpulanglah kepada seseorang untuk menerimanya atau menolak. Selepas itu barulah mereka berhak mendapat pembalasan baik atau buruk, iaitu baik jika menerima dan buruk jika menolak.
Continue Reading...

Thursday, August 27, 2009

novel pertama ku????

ni la novel yang pertama saya baca...kalau nk tahu saya dulu punya la benci kat novel. tak tau la nape..huhuhu, mungkin sebab kebanyakan novel nie cite pasal cinta-cinta jer kot...tp lepas nampak kawan umah saya baca novel nie saya jadi nak tau isinya, saya pun cuba-cuba baca dan terus je tertarik dengan novel nie.. mungkin sebab novel nie lain dari yang kawan saya baca sebelum ini... novel nie menceritakan tentang cinta kepada Allah, tu la sebabnya saya minat nak baca novel nie... WO AI NI ALLAH maksudnya "Aku Cinta Allah". lagipun yang membuatkan saya tertarik adalah disebabkan adanya unsur-unsur dakwah didalamnya.

"bagaimana rasanya hidup dalam kehampaan jiwa, rohani dan sosial? pada saat mencari tuhan. pada saat itu juga terasa tuhan meninggalkan kita sendiri, sendiri dalam masyarakat yang memandang sepi." itu kisah yang diperjuangkan dalam novel ini, kisah seorang gadis cina ateis , yang tidak tahu kemana hala hidupnya. namun pada saat kecelaruan itu dia mengerti bahawa kecelaruan itu bukan datang begitu sahaja pasti ada yang menciptanya, dan pasti ada sebabnya. dalam dia mencari punca kehidupan, akhirnya dia bertemu apa itu tuhan.
pada kawan-kawan saya cadangkan buku ini kerana ada didalamnya erti kehidupan dan jika kita membacanya pasti kita akan menanyakan kepada diri kita adakah kita mengenal Allah dengan mata hati kita? jika kita mengenal Allah dengan mata hati kita pasti kita akan mengerti bahawa Allah bersama kita...
Continue Reading...

definisi metodologi dakwah

Definisi metodologi

Metodologi berasal dari perkataan metode. Metode bermaksud cara melakukan sesuatu atau sistem. Ia berasal dari bahasa inggeris yang bererti sistem, aturan atau kaedah. Pemakaian metode dalam bahasa inggeris dan melayu sama ertinya.
Terdapat beberapa perkataan dalam bahasa arab yang sangat dekat pengertiannya dengan metode. Perkataan-perkataan itu ialah uslub, manhaj dan juga wasilah dalam bahasa arab, uslub bermaksud jalan atau cara. Ia adalah cara membentuk atau cara menggunakan sesuatu atau cara-cara tertentu untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Definisi dakwah

Perkataan dakwah berasal daripada bahasa Arab yang mempunyai beberapa pengertian. Antara pengertian dakwah dalam bahasa arab yang paling menonjol adalah meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru dan melaung. Mengikut peristilahan ahli dakwah, perkataan tersebut atau yang asalnya dakwah islamiah mempunyai maknanya yang tersendiri.

Muhammad al-Ghazali menjelaskan maksud dakwah sebagai sati program (barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.

Definisi metodologi dakwah

Sebagai kesimpulan kepada maksud metodologi dan dakwah dapatlah dijelaskan bahawa metodologi dakwah ialah cara atau sistem yang merujuk kepada dakwah sama ada dari segi persembahan dakwah, saluran dakwah dan sebagainya yang terjurus kepada cara membawa atau menyeru manusia lain kepada jalan menuju Allah.
Continue Reading...

Saturday, August 15, 2009

kisah Nabi Sulaiman AS dengan dua wanita dan serigala


Abu hurairah RA, bahawa dia telah mendengar Rasulullah S.A.W. bercerita: ada dua wanita bersama anak masing-masing. Tiba-tiba datang serigala dan melarikan salah seorang dari anak wanita itu. Berkata salah seorang daripada wanita itu "sesungguhnya serigala itu telah melarikan anakku"

berkata pula seorang lagi wanita "serigala itu telah melarikan anakku"

kedua-dua wanita itu akhirnya meminta Nabi Daud AS untuk mengadilinya. Lantas baginda memutuskan supaya anak yang masih tinggal itu diberikan kepada wanita yang lebih tua.

selepas itu kedua-dua wanita berkenaan pergi menemui Nabi Sulaiman AS, putera Nabi Daud AS. Mereka menceritakan kepada baginda apa yang telah terjadi. Nabi Sulaiman AS berkata, "bawakan kepadaku sebilah pisau untuk aku belah anak ini, supaya kamu mendapat sebelah seorang."

Pada waktu itu, berkata wanita yang lebih muda,"janganlah tuan berbuat begitu! anak itu kepunyaannya".

Akhirnya, Nabi Sulaiman AS memutuskan supaya anak itu diberikan kepada wanita yang lebih muda.

Musnad Ahmad: 7931; Sahih al-Bukhari: 3173; Sahih Muslim:3245
Continue Reading...

Friday, August 14, 2009

muhasabah cinta

muasabah cinta merupakan sebuah LIRIK lagu yang terdapat didalamnya unsur kecintaan kepada Allah yang Maha Berkuasa. lagu ini mampu memupuk diri kita untuk menilai kembali amalan yang telah kita lakukan seharian, ia juga mampu menyedarkan kita bahawasanya kita tidak patut lupa akan nikmat pemberian dari Allah yang sangat berharga... cinta kepada Allah adalah cinta yang kekal abadi. jika jiwa kita kosong bermakna kita jauh dari cinta kepada Allah.. dibawah tertulis lengkap lirik lagu "muhasabah cinta" yang dinyayikan oleh Edcoustic....

wahai pemilik nyawaku
betapa lemah diriku ini
berat ujian dari Mu
ku pasrahkan semua padaMu..

tuhan..baru ku sedar
indah nikmat sihat itu
tak pandai aku bersyukur
kini ku harapkan cinta Mu..

#kata-kata cinta terucap indah
mengalir berzikir dikidung doa ku
sakit yang ku rasa biar
jadi penawar dosa ku..

butir-butir cinta air mata ku
teringat semua yang kau beri untuk ku
ampuni khilaf dan salah selama ini
ya Ilahi..

muhasabah cinta ku....

tuhan..kuatkan aku
lindungi ku dari putus asa
jika..ku harus mati
pertemukan aku dengan Mu...

artis: Edcoustic




Continue Reading...

Wednesday, August 12, 2009

satu malaysia



kata-kata PM Dato’ Seri Najib dalam ucapan sulungnya: “ Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan”.

saya menyokong baik usaha kerajaan dalam menjana perpaduan masyarakat malaysia dengan slogan 1malaysia, akan tetapi perlu diingatkan bahawa dalam membentuk negara islam yang berbilang kaum kita perlu melihat cara yang digunakan oleh nabi muhammad S.A.W dalam membina negara madinah. transformasi-transformasi besar yang dilaksanakan oleh baginda dalam membina madinah mampu memupuk perpaduan antara kaum dan puak yang terdapat dinegara madinah...
Continue Reading...
 

HIJRAH MENUJU ALLAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template