Saturday, December 10, 2011

PANDUAN PEMBELAJARAN SURAH AL-FATIHAH

1. Lihat video dan kaitkan dengan tajuk pembelajaran.
2. Salin sejarah dan pengenalan surah al-fatihah di url Wikipedia
3. Lihat video dan download serta menghafaz mengikut apa yang terdapat divideo
4. Menjawab soalan pada web yang telah disediakan
5. Menyalin maksud surah al-fatihah
Continue Reading...

Sunday, December 13, 2009

fenomena mentaliti tentang aurat


Menutup aurat merupakan kewajipan kepada muslim. Ramai umat islam tahu tentang kewajipannya, tetapi adakah mereka benar-benar tahu etika sebenar menutup aurat?? masyarakat sekarang telah diracuni dengan pemikiran barat yang menjadikan pola pemikiran mereka sangat jauh dengan ajaran islam yang sebenar. mentaliti dalam masyarakat hari ini sangat berbeza denga ajaran islam sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. mereka menganggap bahawa menutup aurat adalah menyekat kebebasan untuk mereka berfesyen, malah ada juga yang menganggap islam menolak kemajuan dalam bidang tertentu.

mungkin anda pernah mendengar mentaliti pemikiran mereka yang mahukan kebebasan berkata seperti ini:

1. saya selesa dengan cara saya
2. saya belum bersedia untuk menutup aurat
3. mungkin belum sampai seru lagi
4. asalkan saya tidak kacau orang, orang jangan kacau saya
5. dia kecik lagi, tidak mengapa

persoalannya, adakah mereka sedar apa yang mereka katakan? dan adakah mereka tahu etika menutup aurat sebagai muslim? Al-Quran memberi garis panduan kepada kita tentang menutup aurat. firman Allah dalam surah an-Nuur ayat 31. yang ertinya:

31. "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya..."

dalam islam aurat bagi wanita adalah seluruh tubuh kecuali Muka dan kedua pergelangan tangan mereka.

mengapa manusia tidak menutup aurat? mungkinkah kerana mereka tidak takut dengan azab siksa dari Allah.

atau mungkin mereka tidak mengenal neraka, siksaan api neraka, azab pedih api neraka dan sebagainya berkenaan dengan neraka.. ketahuilah bahawa sebelum Allah menciptakan manusia Allah terlebih dahulu menciptakan Syurga dan neraka dan dijadikan kedua-duanya ini untuk dihuni oleh manusia dan jin mengikut kiraan dosa dan pahala.

beranggapan bahawa "seru tidak sampai atau belum bersedia" adalah perlu dijauhkan. ini kerana kematian tidak menunggu manusia itu sudah bersedia atau pun tidak.

berfikiran bahawa " kanak-kanak tidak perlu menutup" adalah salah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. ramai yang beranggapan bahawa budak kecil bila sudah besar akan faham tentang aurat. tetapi apa yang berlaku sekarang ialah budak kecil apabila sudah besar suka mendedahkan aurat.

sedarlah wahai manusia islam adalah terbaik untuk kita.
ikutlah cara islam kerana islam menjamin kesyurga.
Continue Reading...

Friday, December 11, 2009

mas kahwin tinggi?


Mas kahwin yang tinggi??? setujukah anda apabila mas kahwin yang tinggi dikenakan kepada pihak lelaki??? tidakkah anda terfikir mas kahwin yang tinggi akan membebankan pihak lelaki? baru-baru ini kerajaan selangor telah memutuskan untuk menaikkan kadar mas kahwin di negeri itu daripada RM80 kepada RM300 berkuat kuasa 1 Januari 2010. keadaan ini mencetuskan kebimbangan oleh ulama' besar iaitu tuan guru Nik Aziz Nik Mat kerana ini akan membuatkan kadar andartu (anak dara tua) di negara kita semakin meningkat. beliau amat sekali tidak bersetuju dengan peningkatan kadar mas kahwin tersebut.

"Saya pun mengenakan tidak lebih RM1,000 bagi mas kahwin termasuk hantaran bagi setiap anak saya. "

Tidak perlu sampai kepada keputusan peringkat kerajaan. Kamu hendak naikkan mas kahwin boleh tetapi kalau sampai menyusahkan si lelaki tidak bolehlah. Hendak cari duit empat, lima ribu bukan senang," jelas Tuan Guru Nik Aziz.

kadar mas kahwin yang tinggi akan lagi membebankan pihak lelaki kerana kadar hantaran yang dikenakan oleh pihak wanita terutamanya dari Ibunya sudah terlalu mahal dan terlalu membebani pihak lelaki, apatah lagi jika anak tersebut mempunyai segulung ijazah, pastinya hantaran yang dikenakan adalah melebihi RM 5000 dan keatas.

menurut Nik Aziz lagi, langkah mengenakan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi jumlahnya hanya lebih menunjukkan bersifat riak sehingga akhirnya membebankan pasangan lelaki.

menurut saya, kadar mas kahwin sehingga mencecah RM300 ringgit boleh diterima, akan tetapi kadar hantaran yang mencecah ribuan ringgit itulah yang perlu difikirkan semula oleh pihak perempuan. ini kerana sudah terlalu ramai lelaki yang belum berkahwin sehingga mencecah usia 30an disebabkan kadar hantaran tersebut.

jadinya, sama-samalah kita fikirkan.....
Continue Reading...

Tuesday, November 3, 2009

exam! exam@ exam?

(Nasihat kau kawan)
Yang dilihat dan yang diukur-Nya bukan sejauh mana usaha mu, tetapi sejauh mana TAWAKAL, PERCAYA yang jitu dan pergantungan mu pada-Nya. Tetapi tidak bermakna tidak perlu berusaha, Usahalah semampu dan sedaya mu dan janganlah sesekali beraQidah bahawa banyak usaha mu adalah penentu kejayaan. Tetapi berimanlah bahawa Tawakal mu itu sebenarnya hanya semata-mata pada-Nya. itulah penentu kejayaan mu, kerana kejayaan hanyalah milik Allah. maka seyakinnya hendaklah engkau memohon dar-Nya semata. ma'an Najah. @+.
Continue Reading...

Friday, October 23, 2009

Metode Dakwah Berperingkat-Peringkat


Dakwah yang dijalankan secara berperingkat adalah dakwah yang paling sesuai kepada mereka yang baru mengenali islam atau mereka yang baru bertaubat dari melakukan kesalahan besar. dakwah cara ini dijalankan secara berperingkat dan tidak sekaligus, tujuan dakwah cara ini adalah untuk tidak memberatkan orang yang menerima dakwah. contoh yang boleh dikemukankan adalah seperti kewajipan-kewajipan agama yang dikenakan kepada orang islam yang tidak di bawa sekaligus dan kewajipan ini diturunkan dengan cara satu demi satu seperti "anak kecil yang baru belajar berjalan dan ingin belajar menaiki tangga yang mana mereka memerlukan masa untuk sampai ketangga yang teratas"

contoh dakwah yang dilakukan oleh Nabi secara berperingkat adalah ketika nabi mengharamkan arak kepada umat dahulu, nabi tidak mengharamkan arak dengan sekaligus tetapi mengharamkannya dengan berperingkat-peringkat sehinggalah mereka ketika itu dapat menerima pengharaman tersebut.
Continue Reading...

Dakwah Melalui Penjelasan Yang Nyata Dan Jelas

segala penjelasan atau mesej yang hendak disampaikan kepada sasaran hendaklah dalam bentuk yang jelas, sehingga tidak membawa kepada kekaburan dan silap faham. Firman Allah dalam surah (Al-Maidah: 92) yang bermaksud: "Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul kami , hanyalah menyampaikan agama Allah dengan terang." ayat diatas menjelaskan kepada kita bahawa rasul dahulu ketika berdakwah pun menggunakan metode menjelaskan dengan jelas dan terang agama Allah yang dibawanya.

Penerangan yang jelas merupakan asas dalam dakwah kepada sasaran, apatah lagi sasaran itu merupakan saudara baru dan memerlukan masa yang lama untuk memahami mesej yang disampaikan.
Sekiranya mesej yang disampaikan tidak jelas, ia mungkin akan terjadi fitnah kepada pendakwah.
Continue Reading...

Tuesday, October 20, 2009

Metode untuk menarik perhatian sasaran cina


dakwah mestilah dipersembahkan kepada sasaran dengan kaedah dan metodologi yang menarik dan sesuai kepada sasaran. melihat kepada golongan masyarakat cina di malaysia mereka lebih gemar melihat sesuatu dari sudut logik dan saintifik.
para pendakwah sebenarnya boleh cuba menjelaskan kepada masyarakat cina tentang kelebihan agama islam dan mukjizat Al-Quran dari sudut sains. ini adalah kerana kebanyakkan masyarakat cina ini terdiri dari golongan bijak pandai dan terpelajar dan mereka akan percaya kepada sesuatu perkara jika terdapat bukti yang jelas. misalnya tentang kejadian matahari dan alam ini, pengetahuan seperti ini tidak mampu dibuktikan oleh manusia biasa pada zaman Rasulullah SAW.

jika mereka tidak mempercayaai kewujudan tuhan kerana tuhan tidak dapat dilihat. maka kita kena la membuat analogi yang logik kepada mereka dengan mengatakan "angin juga tidak dapat dilihat tetapi angin dapat dirasa"
Continue Reading...
 

HIJRAH MENUJU ALLAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template