Sunday, September 13, 2009

Tanda-tanda berlakunya stress dan cara mengatasinya




Tanda-tanda berlakunya stress
dapat dikenal pasti dengan melihat kepada keadaan fizikal kita yang dirasakan berubah dari keadaan biasa. rasa kurang senang pada perubahan yang berlaku menyebabkan kita terdorong untuk mengtahui apakah ubat kepada stress dan apakah langkah yang perlu diambil. sekiranya kita bijak mengenalpasti keadaan diri, maka kita akan bertindak untuk mengelakkan diri dari belenggu strees. berikut merupakan tanda-tanda berlakunya stress, cara menangani dan cara mencegah stress.

• Degupan jantung meningkat

• Rasa ketegangan otot yang bersedia untuk bertindak balas

• Pernafasan menjadi cepat untuk membekalkan sebanyak mungkin oksigen kepada otot - otot

• Proses pencernaan menjadi lambat dan pengeluaran asid bertambah di dalam perut yang mengakibatkan anda mengalami kesakitan fizikal

• Mengalami perasaan negatif seperti keresahan, kebimbangan, ketakutan atau kemarahan

• Mengalami masalah tidur (masalah untuk tidur dan tidur yang lena atau tidur berlebihan)

• Mengalami masalah dalam selera makan (tidak berselera untuk makan pada waktunya, atau sentiasa terasa lapar)

cara hendak menangani stress saya

• Tarik nafas dan tahan pernafasan anda

• Kurangkan pergerakan atau berdiam diri untuk mengurangkan degupan jantung

• Legakan otot-otot anda

• Alihkan pemikiran negatif dan tidak rasional anda kepada yang lebih positif dan membina

• Tumpukan perhatian kepada perkara yang positif

• Gunakan jenaka untuk memulihkan perasaan stress

• Ubah tempat persekitaran anda

• Jauhkan diri anda dari suasana yang boleh memberi kesan stres

• Libatkan diri anda dengan aktiviti yang menyeronokkan

• Kenal pasti masalah dan cari jalan penyelesaiannya

cara hendak mencegah dari mengalami stress

• Kenali diri anda dengan lebih baik. Buat dan simpan catatan mengenai suasana, tingkah laku dan pemikiran yang menyebabkan anda stres dan bagaimana anda menanganinya di dalam buku catatan. Anda akan mudah menguruskan stres anda setelah dapat mengenali diri anda sendiri dengan lebih baik

• Melalui buku catatan anda dapat:

o Mengurus stres dan menyelesaikan masalah anda dengan cara yang paling berkesan

o Mengenali keadaan yang boleh membuat anda stress

o Mengenali siapa yang boleh membuat anda stress

• Kekerapan bersenam dapat membantu anda:

o Meredakan tekanan

o Meningkatkan daya tahan diri untuk mengelak stress

• Kerap melakukan senaman 'relaxation'

• Amalkan pemakanan seimbang

• Amalkan tabiat tidur yang betul supaya anda mendapat cukup rehat dan mengelak stress

• Mempunyai rangkaian kawan-kawan yang boleh menyokong dan membantu anda
• Mempunyai kepercayaan hidup yang baik
Continue Reading...

pengurusan stress


Definisi stres

Apakah yang dimaksudkan dengan stres?
Stres adalah suatu perasaan yang anda alami apabila anda menerima tekanan. Tekanan atau tuntutan yang anda terima mungkin datang dalam bentuk mengekalkan jalinan perhubungan,menghadapi masalah, memenuhi harapan keluarga, untuk mencapai matlamat akademik dan sebagainya. Stress berasal daripada perkataan Greek ‘stringere’ yang membawa maksud ketat atau tegang. Stres juga boleh memberi kesan kepada fizikal, fisiologi, dan psikologi. Antara perkara yang menyebabkan berlakunya tekanan adalah seperti kebisingan, suhu, kelembapan, sakit, emosi dan lain-lain. Tekanan yang dihadapi ini boleh dihadapi atau diurus jikalau punca atau faktor yang menyebabkan tekanan ini dihapuskan.


Pengertian pengurusan stres
Pengurusan stres adalah satu bentuk tindakan mengurus yang melibatkan komunikasi intrapersonal iaitu diri sendiri dan komunikasi intepesonal iaitu bersama orang lain atau klien. Pengurusan stres mempunyai matlamat iaitu untuk mengelak atau merawat stres atau tekanan. Merawat tekanan memerlukan kepada perancangan atau pengawalan yang berkaitan dengan emosi.
Kenapa manusia mengalami tekanan?
Anda akan merasa tertekan apabila anda merasa seakan tidak mampu memenuhi tuntutan sebagaimana yang diharapkan daripada anda. Sejauh mana anda rasa tertekan dan bagaimana anda menghadapi perasaan tertekan itu bergantung kepada keupayaan anda mengurus tekanan berkenaan.
Stres merupakan sesuatu yang positif dan juga negatif.
Positif
Stres diperlukan untuk kemajuan di dalam kehidupan harian kita. Melalui keadaan tertekan kita dapat meningkatkan keupayaan untuk menyesuaikan diri, mengatasi dan bertindak balas terhadap cabaran kehidupan.
Negatif
Strees memberi kesan yang tidak baik apabila ianya tidak ditangani dengan sebaik mungkin atau dilihat sebagai negatif. Pengurusan stres yang tidak sempurna akan mengakibatkan perasaan ketidakmampuan dan seterusnya menyebabkan gagal untuk meningkatkan daya ketahanan diri.
punca utama penyebab stres
Biologikal
Punca biologi adalah berkaitan dengan tubuh badan kita yang mana tubuh tidak berfungsi secara normal seperti hari-hari sebelumnya. kesakitan, ketidakselesaan, ketidakupayaan pada organ deria (penglihatan, pendengaran, dan lain-lain) dalah merupakan contoh yang mendorong kepada terjadinya tekanan.
Pemikiran negatif
Takut dan bimbang, kenangan pahit, pemikiran yang tidak rasional secara tersendirinya mengundang perasaan tertekan , apabila pertimbangan seseorang itu tidak rasional ia mengundang kepada pemikiran negatif lain.
Tingkah laku
Tingkah laku anda yang suka berjalan cepat, bercakap dengan nada kuat dan berfikiran tidak rasional boleh mengakibatkan stres
Suasana sosial
Orang di sekeliling anda boleh menyebabkan stress, keadaan sekeliling yang tidak menyenagkan pandangan atau pendengaran anda. Contohnya perselisihan dirumah, perselisihan disekolah atau ditempat kerja.
Suasana fizikal
Perubahan yang tidak selesa di persekitaran tempat anda juga punca yang mendorong berlakunya stres, perubahan ini mungkin bersifat kekal atau tetap dan berlakunya secara mengejut Contoh: Suhu sejuk bertukar kepada panas secara tiba-tiba, kebisingan, warna, kecerahan, bauan, rasa dan kesakitan yang melampau
Continue Reading...

Saturday, September 12, 2009

metode dakwah Nabi Nuh a.s



Nabi Nuh a.s lahir dalam sebuah masyarakat yang memuja patung berhala yang bermacam-macam dan menjadikannya tuhan. mereka percaya bahawa patung-patung berhala yang dipuja itu adalah kuasa untuk mendatangi kebaikan dan keburukan kepada mereka.

disamping itu masyarakat nabi Nuh terbahagi kepada bermacam-macam lapisan masyarakat. ada dikalangan mereka yang memiliki harta dan ladang, dan ada yang pandai bertukang. mereka bersifat takbur dan lupa daratan.

berdasarkan keadaan tersebut, tugas Nabi Nuh a.s melalui dakwahnya sangat mencabar. iaitu:

1. mengembalikan tauhid dalam hal ketuhanan dan menghapuskan syirik dan peribadatan.
2. menghapuskan sifat-sifat takbur dan kelas-kelas sosial.
3. menolak tuduhan-tuduhan yang selalu dilontarkan kepadanya.

manhaj dakwah Nabi Nuh a.s

dilihat dari berbagai-bagai sudut, Nabi Nuh a.s telah melakukan dakwahnya sebagaimana berikut:

a) dari sudut isi atau kandungan dakwah, Nabi Nuh berusaha mengembalikan tauhid dan mengingatkan tentang akhirat. sehubungan dengan itu Allah menjelaskan dalam Al-Quran dalam surah al-A'raf: 59 yang bermaksud:

sesunggunnya kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya lalu dia berkata: Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tiada tuhan bagi kamu selain-Nya. sesungguhnya (kalau tidak menyembah), aku takut kamu akan ditimpa azab hari yang besar (hari kiamat).

Nabi Nuh a.s juga mengingatkan masyarakatnya tentang Allah yang mencipta segala sesuatu yang sifat-Nya Maha Kuasa dan memgingatkan mereka dengan nikmat pemberian-Nya.

b) beliau mengajak masyarakatnya melihat alam ini, sama ada diri sendiri, alam atasan (kosmos), tumbuhan atau sebagainya dan memikirkan tentangnya untuk dikaitkan dengan Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung.

c) menyakinkan masyarakat bahawa beliau adalah Rasul utusan Allah.

d) Nabi Nuh menyampaikan ajaran Allah secara senyap dan terbuka mengikut keperluan keadaan. Tanpa mengenal jemu dan kerehatan, beliau berusaha siang dan malam. segala tindak tanduk penentangan masyarakatnta tidak sesekali melunturkan semangatnya untuk berdakwah. beliau terus berusaha dengan mengubah uslub untu menarik mereka.

e) teguh dengan perintah Allah tanpa mempedulikan ejekan dan sendaan orang ramai. Nabi Nuh sangat tahan menanggung bala ujian .

f) menggunakan cara lembut untuk menarik masyarakatnya kepada ajaran yang disampaikan .

g) mencampurkan dakwah dengan pembinaan atau pertukangan, seperti pembinaan kapal.

h) menggunakan mukjizat untuk membuktikan kebenaran bahawa ajarannya dari Allah.

rujuk buku metodologi dakwah oleh ab.aziz mohd zin terbitan UM.
Continue Reading...

Sunday, September 6, 2009

dakwah dengan hikmah

hikmah

Adalah satu perkara yang sangat sukar untuk menentukan makna hikmah secara teorinya. Secara mudah hikmah bererti bijaksana, bijaksana bererti sesuatu yang sesuai. Manakala sesuai pula bergantung kepada keadaan. Sesuatu keadaan boleh jadi sesuai bagi seseorang, tetapi tidak sesuai bagi orang lain. Maka hikmah berkait rapat dengan keadaan untuk menentukan ia bersesuaian.

Ahli tafsir menghuraikan makna hikmah dengan berbagai-bagai ulasan. Sayyid Qutb(1977,jil.4:2201-2202) telah memberi ulasan yang agak menarik, iaitu hikmah yang disebutkan dalam surah al-Nahl:125 ialah dengan melihat kepada keadaan sasaran dan suasana mereka, kadar yang perlu supaya tidak memberatkan mereka dan menyusahkan mereka sebelum mereka bersedia. Ia juga termasuk cara penjelasan dan kepelbagaian mengikut keperluan dan jangan sekali-kali berdasarkan semangat yang boleh terkeluar daripada hikmah.

Al-Bayanuni (1993:245) menjelaskan bahawa hikmah dalam dakwah ialah suatu uslub yang sesuai dengan keadaan sasaran. Ia bererti meletakkan suatu pada tempatnya. Al-bayan menambah bahawa uslubhikmah itu terdapat pada sudut-sudut berikut untuk disesuaikan dengan sasaran, iaitu:

1.pemilihan isi atau pendekatan isi.
2. uslub dengan makna khusus atau bentuk persembahan isi.
3. pemilihan saluran atau media.

Dengan itu, hikmah itu dilakukan dalam bermacan-macam bentuk dan gaya. Ada dengan cara lembut dan ada dengan cara keras. Ali al-Murshid (1989: 148-149) menjelaskan bahawa hikmah itu tidaklah selamanya mengandungi pengertian lembut,rahmat,kasih saying biasa, perkataan yang dianggap baik dan tenang. Ia juga bererti lembut dan kuat, kasih saying dan perang.

Nabi Muhammad s.a.w. sendiri ada ketikanya melayan para sahabatnya dengan kasar. Sikap demikian dapat dilihat ketika baginda berhadapan dengan tiga orang sahabatnya yang tidak ikut serta dalam perang tabuk(9H). mereka bertiga ialah Kaab ibn Malik, Mirarah ibn Rabi dan Hilal ibn Umayyah. Nabi dan para sahabat yang lain, termasuk juga isteri-isteri mereka bertiga melakukan boikot sehingga sampai tidak menjawab ucapan salam mereka bertiga selama beberapa ketika (al-Nadawi,1977:311-315). Begitu juga sesetengah golongan orang kafir dan munafik ada arahan supaya dilayan dengan kasar (maksud surah Tahrim: 9). Keadaan-keadaan tersebut juga adalah hikmah.

Namun, hikmah itu bermula dengan lembut, kerana lembut lebih selesa, lebih damai dan lebih membawa kepada ketengan. Arahan Allah kepada Nabi Musa a.s dan Harun a.s supaya berdakwah kepada Firaun yang keras dan zalim dengan cara lembut seperti terdapat dalam surah Taha: 43-44, satu daripada contoh yang dakwah itu bermula dengan lembut.
Continue Reading...

Saturday, September 5, 2009

Metodologi dakwah para rasul

Para rasul diutuskan kepada manusia untuk menyampaikan ajaran Allah dan memimpin manusia kejalan yang dikehendaki oleh Allah, untuk keselamatan mereka di dunia dan di akhirat. Setiap rasul mengingatkan masyarakatnya tentang apa sahaja perkhabaran dari Allah.

Firman Allah: ( surah fatir: 24) ertinya:

24. Sesungguhnya Kami mengutusmu Dengan (ugama) Yang benar, sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang Yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar); dan tidak ada, sesuatu umat pun melainkan telah ada Dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.

Firman Allah dalam surah Al-isra’: 15, yang bermaksud:

15. sesiapa Yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka Sesungguhnya faedah petunjuk Yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang sesat maka Sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. dan seseorang Yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan Yang benar dan Yang salah).

Kedua-dua ayat diatas jelas menunjukkan tentang keadilan Allah yang setiap masyarakat diutus rasul untuk mereka. Setelah rasul-rasul itu menerangkan kepada umatnya segala perutusan dari Allah dengan jelas dan terang, disamping disertakan bukti-bukti yang cukup, terpulanglah kepada seseorang untuk menerimanya atau menolak. Selepas itu barulah mereka berhak mendapat pembalasan baik atau buruk, iaitu baik jika menerima dan buruk jika menolak.
Continue Reading...
 

HIJRAH MENUJU ALLAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template