Sunday, September 13, 2009

pengurusan stress


Definisi stres

Apakah yang dimaksudkan dengan stres?
Stres adalah suatu perasaan yang anda alami apabila anda menerima tekanan. Tekanan atau tuntutan yang anda terima mungkin datang dalam bentuk mengekalkan jalinan perhubungan,menghadapi masalah, memenuhi harapan keluarga, untuk mencapai matlamat akademik dan sebagainya. Stress berasal daripada perkataan Greek ‘stringere’ yang membawa maksud ketat atau tegang. Stres juga boleh memberi kesan kepada fizikal, fisiologi, dan psikologi. Antara perkara yang menyebabkan berlakunya tekanan adalah seperti kebisingan, suhu, kelembapan, sakit, emosi dan lain-lain. Tekanan yang dihadapi ini boleh dihadapi atau diurus jikalau punca atau faktor yang menyebabkan tekanan ini dihapuskan.


Pengertian pengurusan stres
Pengurusan stres adalah satu bentuk tindakan mengurus yang melibatkan komunikasi intrapersonal iaitu diri sendiri dan komunikasi intepesonal iaitu bersama orang lain atau klien. Pengurusan stres mempunyai matlamat iaitu untuk mengelak atau merawat stres atau tekanan. Merawat tekanan memerlukan kepada perancangan atau pengawalan yang berkaitan dengan emosi.
Kenapa manusia mengalami tekanan?
Anda akan merasa tertekan apabila anda merasa seakan tidak mampu memenuhi tuntutan sebagaimana yang diharapkan daripada anda. Sejauh mana anda rasa tertekan dan bagaimana anda menghadapi perasaan tertekan itu bergantung kepada keupayaan anda mengurus tekanan berkenaan.
Stres merupakan sesuatu yang positif dan juga negatif.
Positif
Stres diperlukan untuk kemajuan di dalam kehidupan harian kita. Melalui keadaan tertekan kita dapat meningkatkan keupayaan untuk menyesuaikan diri, mengatasi dan bertindak balas terhadap cabaran kehidupan.
Negatif
Strees memberi kesan yang tidak baik apabila ianya tidak ditangani dengan sebaik mungkin atau dilihat sebagai negatif. Pengurusan stres yang tidak sempurna akan mengakibatkan perasaan ketidakmampuan dan seterusnya menyebabkan gagal untuk meningkatkan daya ketahanan diri.
punca utama penyebab stres
Biologikal
Punca biologi adalah berkaitan dengan tubuh badan kita yang mana tubuh tidak berfungsi secara normal seperti hari-hari sebelumnya. kesakitan, ketidakselesaan, ketidakupayaan pada organ deria (penglihatan, pendengaran, dan lain-lain) dalah merupakan contoh yang mendorong kepada terjadinya tekanan.
Pemikiran negatif
Takut dan bimbang, kenangan pahit, pemikiran yang tidak rasional secara tersendirinya mengundang perasaan tertekan , apabila pertimbangan seseorang itu tidak rasional ia mengundang kepada pemikiran negatif lain.
Tingkah laku
Tingkah laku anda yang suka berjalan cepat, bercakap dengan nada kuat dan berfikiran tidak rasional boleh mengakibatkan stres
Suasana sosial
Orang di sekeliling anda boleh menyebabkan stress, keadaan sekeliling yang tidak menyenagkan pandangan atau pendengaran anda. Contohnya perselisihan dirumah, perselisihan disekolah atau ditempat kerja.
Suasana fizikal
Perubahan yang tidak selesa di persekitaran tempat anda juga punca yang mendorong berlakunya stres, perubahan ini mungkin bersifat kekal atau tetap dan berlakunya secara mengejut Contoh: Suhu sejuk bertukar kepada panas secara tiba-tiba, kebisingan, warna, kecerahan, bauan, rasa dan kesakitan yang melampau

0 comments:

Post a Comment

 

HIJRAH MENUJU ALLAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template