Saturday, September 12, 2009

metode dakwah Nabi Nuh a.s



Nabi Nuh a.s lahir dalam sebuah masyarakat yang memuja patung berhala yang bermacam-macam dan menjadikannya tuhan. mereka percaya bahawa patung-patung berhala yang dipuja itu adalah kuasa untuk mendatangi kebaikan dan keburukan kepada mereka.

disamping itu masyarakat nabi Nuh terbahagi kepada bermacam-macam lapisan masyarakat. ada dikalangan mereka yang memiliki harta dan ladang, dan ada yang pandai bertukang. mereka bersifat takbur dan lupa daratan.

berdasarkan keadaan tersebut, tugas Nabi Nuh a.s melalui dakwahnya sangat mencabar. iaitu:

1. mengembalikan tauhid dalam hal ketuhanan dan menghapuskan syirik dan peribadatan.
2. menghapuskan sifat-sifat takbur dan kelas-kelas sosial.
3. menolak tuduhan-tuduhan yang selalu dilontarkan kepadanya.

manhaj dakwah Nabi Nuh a.s

dilihat dari berbagai-bagai sudut, Nabi Nuh a.s telah melakukan dakwahnya sebagaimana berikut:

a) dari sudut isi atau kandungan dakwah, Nabi Nuh berusaha mengembalikan tauhid dan mengingatkan tentang akhirat. sehubungan dengan itu Allah menjelaskan dalam Al-Quran dalam surah al-A'raf: 59 yang bermaksud:

sesunggunnya kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya lalu dia berkata: Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tiada tuhan bagi kamu selain-Nya. sesungguhnya (kalau tidak menyembah), aku takut kamu akan ditimpa azab hari yang besar (hari kiamat).

Nabi Nuh a.s juga mengingatkan masyarakatnya tentang Allah yang mencipta segala sesuatu yang sifat-Nya Maha Kuasa dan memgingatkan mereka dengan nikmat pemberian-Nya.

b) beliau mengajak masyarakatnya melihat alam ini, sama ada diri sendiri, alam atasan (kosmos), tumbuhan atau sebagainya dan memikirkan tentangnya untuk dikaitkan dengan Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung.

c) menyakinkan masyarakat bahawa beliau adalah Rasul utusan Allah.

d) Nabi Nuh menyampaikan ajaran Allah secara senyap dan terbuka mengikut keperluan keadaan. Tanpa mengenal jemu dan kerehatan, beliau berusaha siang dan malam. segala tindak tanduk penentangan masyarakatnta tidak sesekali melunturkan semangatnya untuk berdakwah. beliau terus berusaha dengan mengubah uslub untu menarik mereka.

e) teguh dengan perintah Allah tanpa mempedulikan ejekan dan sendaan orang ramai. Nabi Nuh sangat tahan menanggung bala ujian .

f) menggunakan cara lembut untuk menarik masyarakatnya kepada ajaran yang disampaikan .

g) mencampurkan dakwah dengan pembinaan atau pertukangan, seperti pembinaan kapal.

h) menggunakan mukjizat untuk membuktikan kebenaran bahawa ajarannya dari Allah.

rujuk buku metodologi dakwah oleh ab.aziz mohd zin terbitan UM.

0 comments:

Post a Comment

 

HIJRAH MENUJU ALLAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template