Friday, December 11, 2009

mas kahwin tinggi?


Mas kahwin yang tinggi??? setujukah anda apabila mas kahwin yang tinggi dikenakan kepada pihak lelaki??? tidakkah anda terfikir mas kahwin yang tinggi akan membebankan pihak lelaki? baru-baru ini kerajaan selangor telah memutuskan untuk menaikkan kadar mas kahwin di negeri itu daripada RM80 kepada RM300 berkuat kuasa 1 Januari 2010. keadaan ini mencetuskan kebimbangan oleh ulama' besar iaitu tuan guru Nik Aziz Nik Mat kerana ini akan membuatkan kadar andartu (anak dara tua) di negara kita semakin meningkat. beliau amat sekali tidak bersetuju dengan peningkatan kadar mas kahwin tersebut.

"Saya pun mengenakan tidak lebih RM1,000 bagi mas kahwin termasuk hantaran bagi setiap anak saya. "

Tidak perlu sampai kepada keputusan peringkat kerajaan. Kamu hendak naikkan mas kahwin boleh tetapi kalau sampai menyusahkan si lelaki tidak bolehlah. Hendak cari duit empat, lima ribu bukan senang," jelas Tuan Guru Nik Aziz.

kadar mas kahwin yang tinggi akan lagi membebankan pihak lelaki kerana kadar hantaran yang dikenakan oleh pihak wanita terutamanya dari Ibunya sudah terlalu mahal dan terlalu membebani pihak lelaki, apatah lagi jika anak tersebut mempunyai segulung ijazah, pastinya hantaran yang dikenakan adalah melebihi RM 5000 dan keatas.

menurut Nik Aziz lagi, langkah mengenakan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi jumlahnya hanya lebih menunjukkan bersifat riak sehingga akhirnya membebankan pasangan lelaki.

menurut saya, kadar mas kahwin sehingga mencecah RM300 ringgit boleh diterima, akan tetapi kadar hantaran yang mencecah ribuan ringgit itulah yang perlu difikirkan semula oleh pihak perempuan. ini kerana sudah terlalu ramai lelaki yang belum berkahwin sehingga mencecah usia 30an disebabkan kadar hantaran tersebut.

jadinya, sama-samalah kita fikirkan.....

4 comments:

Anonymous said...

camner aku nak kawin ni... tidaaaak....

Anonymous said...

kadang2 xleh salahkn pihak pengantin pompuan gak..sbb bg sesetengah family,duit 2 digunakan tuk wat belanja kenduri kahwin..tambahan lak harga barang semakin naik..tp kalu terlalu tinggi smpai berbelas ribu ringgit xwajar la

m.rafie on December 12, 2009 at 9:10 PM said...

hmmmm..saya mmg dah agak dah respond ini yang akan saya terima...tp ok la ada respond, huhu. mengikut perkiraan saya la kn.. bajet untuk kenduri biasanya 4-5 ribu ringgit...2 kira kenduri besar la... tp yang menjadi masalahnya sekarang ialah hantaran paling minima adalah 7 ribu ringgit... 2 apa cta lak..hihihi

Mohammad Hakiim B. Naseruddin on February 21, 2010 at 9:24 AM said...

mentaliti masyarakat sekarang hanya fikir kemewahan dalam kehidupan..mas kawin x semestinya dengan wang ringgit..al-Quran pun boleh!!..lagi besar ertinya..fikirkanlah............

Post a Comment

 

HIJRAH MENUJU ALLAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template