Definisi metodologi
Metodologi berasal dari perkataan metode. Metode bermaksud cara melakukan sesuatu atau sistem. Ia berasal dari bahasa inggeris yang bererti sistem, aturan atau kaedah. Pemakaian metode dalam bahasa inggeris dan melayu sama ertinya.
Terdapat beberapa perkataan dalam bahasa arab yang sangat dekat pengertiannya dengan metode. Perkataan-perkataan itu ialah uslub, manhaj dan juga wasilah dalam bahasa arab, uslub bermaksud jalan atau cara. Ia adalah cara membentuk atau cara menggunakan sesuatu atau cara-cara tertentu untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
Definisi dakwah
Perkataan dakwah berasal daripada bahasa Arab yang mempunyai beberapa pengertian. Antara pengertian dakwah dalam bahasa arab yang paling menonjol adalah meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru dan melaung. Mengikut peristilahan ahli dakwah, perkataan tersebut atau yang asalnya dakwah islamiah mempunyai maknanya yang tersendiri.
Muhammad al-Ghazali menjelaskan maksud dakwah sebagai sati program (barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.
Definisi metodologi dakwah
Sebagai kesimpulan kepada maksud metodologi dan dakwah dapatlah dijelaskan bahawa metodologi dakwah ialah cara atau sistem yang merujuk kepada dakwah sama ada dari segi persembahan dakwah, saluran dakwah dan sebagainya yang terjurus kepada cara membawa atau menyeru manusia lain kepada jalan menuju Allah.
Thursday, August 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam..mohon copy. syukran =)
mohon c0py ye.. thanks..
Post a Comment